Bengkel Jubah ke-10: Elemen moden dalam rekabentuk jubah.

Umum maklum bahawa pemakaian jubah sentiasa dikaitkan dengan pakaian yang sopan dan menutup aurat. Justeru, orang yang sukakannya adalah mereka yang suka memakai pakaian yang sesuai dengan tuntutan syariat.

Tanpa mahu ketinggalan dari dunia rekaan moden, pembikinan jubah turut diserapi dengan pelbagai elemen moden dan kontemporari. Antaranya seperti fabrik yang berkualiti tinggi, warna yang sesuai, aksesori yang berbagai-bagai bagi kelihatan cantik dan menarik bila dipakai dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia boleh menambah jumlah penggemarnya.

Penambahan elemen moden ini masih baik jika ia tidak mengubah tujuan asal pemakaian pakaian yang sopan dan menutup aurat ini (pakaian yang patuh syariat).

Jubah yang baik adalah jubah yang selesa dipakai, tidak terlalu sempit (fit dengan bentuk badan) dan tidak pula diperbuat daripada jenis kain yang sangat lembut atau nipis (kerana ia akan menampakkan susuk bentuk badan si pemakai dengan jelas).

Berikut suasana bengkel jubah kali ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply