Bengkel Baju Kurung Moden (1): Laksana segera niat yang baik.

Apabila hati kita tiba-tiba tergerak untuk melakukan sesuatu perkara baik, itu tandanya kita telah didorong ke arah kebaikan.

Umpamanya, tiba-tiba terdetik di hati kita untuk belajar menjahit, maka carilah segera kelas jahitan yang sesuai dengan kita. Ini kerana jika kita bertangguh, ada kemungkinan hati kita akan jadi  ‘sejuk’, langsung hilang minat untuk belajar lagi.

Begitu juga apabila kita telah mendaftar untuk mengikuti kelas, maka bulatkanlah tekad dan azam untuk hadir belajar. Insya-Allah usaha yang baik akan dibantu dan dimudahkan oleh Allah SWT. Paling penting, kebaikannya akan kembali kepada kita juga.

Kali ini, memandangkan hanya ada empat peserta bengkel baju kurung moden yang pertama kali diadakan ini, maka apabila ada permintaan peserta untuk belajar bengkel lain, maka saya ambil keputusan untuk menyegerakan hajat mereka. Antaranya seorang peserta baju kurung dan seorang lagi peserta blaus (merupakan bengkel beliau yang ketiga di sini).

Berikut suasana bengkel baju kurung moden yang pertama…

Alhamdulillah, dah siap baju masing-masing. Siap bergaya lagi!

********************************
IKLAN: Minggu depan (16 Mac) – Bengkel Jubah Wanita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Kurung Moden. Bookmark the permalink.

Leave a Reply