Bengkel Baju Kurung ke-57: Ajarlah Anak Gadismu 4 Perkara

Ummul Mukminin, Sayidatina Aisyah r.a. pernah berpesan: “Janganlah hanya mengajar anak-anak gadis kamu hal memegang alatan dapur (memasak) dan mengajar menulis semata-mata, tetapi ajarkanlah juga anak-anak gadis kamu Surah an-Nur dan menenun benang.”

Empat pesanan di atas, bukan sebarang pesanan. Ia dititipkan sendiri oleh Ummul Mukminin yang sangat arif dengan dunia wanita. Jelas menampakkan kehebatan, kebijaksanaan dan jauhnya pandangan Ummul Mukminin, hasil menerima didikan langsung daripada baginda Rasulullah SAW:-

  • Ilmu masakan (tentang penyediaan makan minum keluarga sehari-hari)
  • Ilmu menulis (tentang kaedah memudahkan cara-cara untuk menambah ilmu pengetahuan)
  • Ilmu rahsia Surah An-Nur (tentang panduan, hukum-hakam dan pengajaran yang terkandung dalam surah tersebut bagi kesempurnaan hidup berperibadi, berkeluarga dan bermasyarakat)
  • Ilmu menenun benang (tentang pembikinan dan menyediakan pakaian, bagi membolehkan kita dan ahli keluarga kita melaksanakan perintah menutup aurat dengan sempurna).

Mudah-mudahan apa yang sedang kita usahakan sekarang ini (mengajar dan belajar ilmu jahit-menjahit) menepati kelompok pesanan Ummul Mukminin yang sangat kita kasihi itu…

Moga-moga usaha sedikit yang kita lakukan ini dipandang dan diberkati oleh Allah SWT dan direstui oleh Rasulullah SAW. (klik sini).

Berikut suasana bengkel baju kurung yang dihadiri 10 peserta pada kali ini…

Selain ada beberapa peserta yang sedang ‘bercuti’ selepas bersalin, bengkel kali ini turut disertai dua peserta remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan masing-masing…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Peserta Remaja. Bookmark the permalink.

Leave a Reply