Bengkel Jubah Wanita ke-8: Paksalah diri anda…

Bengkel jubah kali ke-8 ini adalah yang terakhir bagi tahun 2012. Alhamdulillah, kesemua peserta telah dapat menyiapkan tugasan dengan baik.

Bayangkan, semalam  (sehari sebelum bengkel) mereka langsung tidak terbayang akan dapat menyiapkan sehelai jubah dengan tangan mereka sendiri. Tapi, hari ini mereka telah berjaya melakukannya dengan baik. Dek kerana teruja dengan kebolehan yang baru diperolehi, ada antara mereka terus mendaftar untuk mengikuti kelas baju kurung pula. Dan begitu juga sebaliknya.

Sebenarnya bengkel-bengkel ini, sama ada bengkel baju kurung, bengkel jubah, bengkel blaus dan lain-lain,  saya anjurkan semata-mata untuk mencungkil keberanian (klik sini) dan kebolehan yang tersembunyi dalam diri setiap orang.

Tugas asas saya bolehlah dikira selesai setelah anda menerima sijil kerana berjaya menjahit sehelai baju dengan baik. Maka tugas seterusnya terletak di tangan anda sendiri. Ini kerana setelah anda berjaya memaksa diri untuk mengikuti kelas jahitan, maka paksalah juga diri anda untuk terus berlatih, berlatih  dan terus berlatih.

Hakikatnya, tidak rugi jika anda perbanyakkan latihan. Kerana lagi banyak anda berlatih menjahit, lagi banyak helailah baju anda atau baju anak-anak anda :) Iya, usaha yang sangat menguntungkan!

Berikut suasana bengkel jubah kali ini.

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Jubah Wanita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply