Bengkel Baju Kurung ke-50: Makin ramai remaja minat menjahit.

Kali ini, sama seperti bengkel-bengkel hujung minggu yang lalu, turut dihadiri oleh beberapa peserta remaja. Alhamdulillah, satu perkembangan yang sangat baik.

Saya benar-benar gembira apabila ada remaja yang berminat belajar menjahit. Ini kerana perjalanan hidup mereka sebenarnya masih jauh. Walaupun dalam jangkamasa 15 atau 30 tahun akan datang, mereka sudah ada jawatan tinggi atau pendapatan keluarga yang baik, mungkin kos sara hidup pada masa itu sangat tinggi. Semuanya mungkin mahal-mahal belaka, termasuk kos upah menjahit atau membeli baju yang dah siap.

Jadi, dengan adanya kemahiran menjahit yang mereka pelajari pada hari ini, sekurang-kurangnya mereka dapat menjahit baju-baju untuk diri sendiri dan untuk anak-anak mereka kelak.

Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan sedikit beban kos sara hidup yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Terutama pada waktu-waktu ‘terdesak’ dan perlu banyak guna wang seperti menyediakan persiapan menyambut hari raya, menjelang penggal baru persekolahan dibuka pada awal tahun dan sebagainya. (Bacaan tambahan: klik sini dan sini)

Berikut suasana bengkel baju kurung kali ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Peserta Remaja. Bookmark the permalink.

Leave a Reply