Bengkel Jubah ke-7: Seronoknya pakai jubah yang dijahit sendiri

Sekali lagi Cikgu Minche Ambun ‘terbang’ dari Kuching semata-mata untuk mempelajari cara-cara menjahit jubah, selepas beberapa minggu lalu beliau datang untuk kelas baju kurung.

Tahniah cikgu atas kesungguhan cikgu datang dari jauh untuk menambah ilmu kemahiran menjahit. Dan terima kasih juga atas sokongan cikgu terhadap kelas yang saya anjurkan ini.

Selain Cikgu Minche, beberapa peserta lain sebelum ini juga adalah peserta bengkel baju kurung. “Ini baju kurung yang saya jahit sendiri,” terang Puan Zakiah atau lebih mesra dipanggil Kak Zakiah, sambil menunjukkan baju kurung yang dipakainya kepada saya. Sungguh, saya benar-benar gembira melihatnya.

Alhamdulillah, semua peserta yang pernah mengikuti bengkel sebelum ini dapat menjahit dengan baik, kemas dan cantik. Ilmu kemahiran yang dipelajari, ‘keberanian’ menjahit dan kesungguhan berusaha akhirnya membuahkan hasil… (klik sini).

Dua peserta bengkel jubah kali ini adalah peserta baru saya. Selepas berjaya menjahit sepasang jubah yang cantik dalam masa sehari sahaja, salah seorang daripadanya terus mendaftar untuk bengkel menjahit baju kurung pada minggu depan.

*********************************************
NOTA HUJUNG: Sebagai tambahan, pengunjung dipersilakan juga merujuk baca satu catatan istimewa daripada salah seorang peserta Bengkel Jubah Wanita ke-7 kali ini. (sila klik OLIVE HIJAU).
Terima kasih Yan.
*********************************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply