Bengkel Baju Kurung ke-43: Baju Kurung disukai pelbagai bangsa…

DULU, baju kurung seringkali dikaitkan dengan istilah ‘kampungan’ atau ‘kolot’. Tapi kini tidak lagi…

Cikgu Minche Ambun dan 7 anak perempuannya menyukai baju kurung. “Anak-anak perempuan saya sering pakai baju kurung masa kerja,” ceritanya.

Lantaran itu, beliau sanggup terbang dari Kuching, Sarawak semata-mata untuk mengikuti bengkel jahitan baju kurung kali ini. Sehabis kelas pada petang Ahad, beliau bergegas semula ke lapangan terbang untuk pulang. “Esok sekolah,” katanya, sambil tersenyum beliau menambah, “Saya akan pakai baju kurung yang saya jahit ini.”

Beliau turut meluahkan cita-citanya untuk mengikuti bengkel jubah satu hari nanti, kerana katanya, “Di sekolah saya, ramai guru pakai jubah pada hari Jumaat.”

Ini satu bukti jelas, bahawa baju kurung – baju kebangsaan yang kini disukai ramai, termasuk oleh bukan Melayu  atau Islam juga. Ia pakaian yang sopan dan cantik dipakai. (klik sini).

Cikgu Minche bukan saja suka memakai baju kurung bahkan turut mempelajari cara-cara menjahitnya. Sekalung tahniah buat Cikgu Minche atas kesungguhannya sanggup merentasi Laut Cina Selatan semata-mata untuk menuntut ilmu!

Berikut suasana bengkel pada kali ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Peserta Bukan Melayu, Peserta Luar KL. Bookmark the permalink.

Leave a Reply