Pakaian Tradisional Yang Evergreen…

“JIKA dulu, ramai yang tidak mahu membazir membeli Baju Melayu atau Baju Kurung kerana hanya dipakai setahun sekali, namun kini persepsi sudah berubah. Ramai seronok memakai pakaian tradisional…”- Salikin Sidek, pereka fesyen; BH 22 Ogos 2012.

Benar, dan saya amat bersetuju dengan En Salikin Sidek, seorang yang sentiasa kreatif dengan rekaan terkini dan seorang yang tak lokek ilmu. Saya sendiri sempat berguru dengan beliau semasa menghadiri kursus jangka pendek menjahit baju Melayu dan pakaian lelaki beberapa tahun lalu. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

Pada peringkat awal saya mengadakan kelas jahitan, yang ramainya menjadi peserta kelas saya adalah terdiri daripada kaum wanita yang tidak bekerja atau baru berhenti kerja, ataupun mereka yang bercita-cita berhenti kerja (ingin bekerja di rumah).

Tetapi sejak tiga empat tahun kebelakangan ini, amat ramai  kaum wanita dari golongan profesional seperti doktor, jurutera, pensyarah, pegawai undang-undang, dan sebagainya telah mengikuti bengkel baju kurung yang saya anjurkan. (klik sini).

Ini menunjukkan pemakaian baju kurung dan baju Melayu sudah menjadi pakaian kebanggaan kita,  termasuk ke majlis-majlis rasmi, keramaian atau ke pejabat pada hari Jumaat.

Foto: glam.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Jahit Baju Kurung, Jahit Baju Melayu, Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply