Bengkel Baju Kurung ke-37: Jangan memadai dengan baju kurung…

SEWAKTU dalam perjalanan pulang dari bengkel hujung minggu lepas, saya dihubungi oleh salah seorang peserta lama yang pernah belajar menjahit baju kurung dengan saya. Sudah agak lama juga saya tidak mendengar suaranya.

Kali ini beliau menyatakan hasrat untuk belajar baju Melayu pula. Selain beliau, saya turut dihubungi beberapa peserta lain yang ingin belajar menjahit baju Melayu. Ia menjadikan saya lebih fokus untuk mengadakan bengkel baju Melayu selepas raya ini, insya-Allah.

Pada saya baju Melayu sama istimewanya dengan baju kurung. Kedua-duanya pakaian kebangsaan kita. Kedua-dua jenis pakaian ini amat baik dipelajari. (klik sini)

Setelah mahir menjahit baju kurung, pelajari pula cara-cara menjahit jenis pakaian yang lain pula, contohnya baju Melayu, blaus, jubah dan sebagainya. Jangan merasa sudah memadai dengan ilmu yang ada, sebaiknya tambah lagi dengan mempelajari kemahiran baru.

Berikut suasana bengkel baju kurung hujung minggu lalu, yang juga merupakan bengkel terakhir sebelum Ramadan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply