Saya tidak tahu menjahit langsung!


Seorang surirumah emel kepada saya soalan berikut:

Saya berminat untuk belajar menjahit tetapi masalah saya ialah tidak ada langsung asas menjahit. Saya tidak tahu menjahit langsung! Jadi boleh ke saya mahir menjahit dengan mengikuti bengkel jahitan puan? Apa pandangan puan? Sila jawab melalui email juga. Sekian, terima kasih.

Taman Medan, Petaling Jaya

Jawapan saya:
Tujuan saya mengadakan kelas jahitan ialah untuk membantu kaum wanita pandai menjahit. Bila selalu menjahit barulah datang kemahiran.

Pengalaman saya, hampir 95% peserta saya langsung tidak tahu menjahit (sebenarnya tidak pernah ‘pegang’ mesin…), tapi setelah diberi keyakinan akhirnya mereka boleh menjahit sepasanag baju kurung dengan baik. Cuma perlu lebih banyak latihan supaya jahitannya lebih kemas.

Tapi mereka telah memulakan langkah. Dan saya selalu berpesan supaya mereka terus menjahit, sekurang-kurangnya baju anak-anak sendiri. Alhamdulillah, khabar terbaru saya dengar ada jiran mereka dah minta mereka jahit baju kurung untuk anak-anak jiran mereka.

Walau bagaimanapun, untuk memudahkan pembelajaran dan menjimat masa (sebab kelas ini berbayar), saya amat galakkan bakal pelajar biasa-biasakan diri menjahit. Jahitlah secara jahit lurus dulu, untuk membiasakan pergerakan kaki dan tangan bermain mesin.

…………………………………………………………………………..……..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
……………………………………………………………………………………
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Panduan Menjahit, Pengalaman Peserta, Soalan Lazim. Bookmark the permalink.

Leave a Reply