Bengkel Baju Kurung ke-33: Menjahit mengikut ukuran badan sendiri.

SETIAP peserta, sama ada yang mengikuti bengkel baju kurung, jubah atau blaus, akan diajar cara-cara mengukur baju mengikut ukuran badan masing-masing. (Baca juga entri sebelum ini, klik sini).

Dalam ertikata lain, mereka tidak perlu membawa baju contoh untuk diambil ukuran. Melainkan peserta membawa baju contoh kepunyaan ibu, kerana dari awal lagi berniat untuk menghadiahkan “baju pertama” yang mereka jahit kepada ibu tersayang. Atau pun  para peserta lelaki membawa baju kurung contoh kepunyaan isteri masing-masing. (Klik sini).

Maknanya, sebaik sahaja baju siap dijahit, minggu berikutnya mereka sudah boleh memakainya sama ada ke pejabat, berjalan-jalan dan sebagainya.

Sebahagian besar peserta yang mengikuti bengkel saya, dapat menjahit dengan kemas walaupun itulah pertama kali mereka belajar menjahit!

Saya percaya, jika mereka menggayakan baju kurung yang mereka jahit sendiri itu ke pejabat, pasti mengejutkan rakan sepejabat. Walau bagaimanapun, bagi memastikan jahitan benar-benar kemas dan cantik, mereka perlulah selalu menjahit (klik sini) dan terus menjahit (klik sini).

Berikut suasana bengkel baju kurung kali ke-33 yang telah diadakan hujung minggu lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply