Bengkel Baju Kurung ke-32: Dah tahu jahit baju kurung, yang lain akan jadi mudah.

Pada saya, bengkel baju kurung ini amat istimewa. Pertamanya kerana ia sangat mudah dipelajari, (klik sini), keduanya kalau sudah tahu dan biasa menjahit baju kurung, hendak belajar menjahit baju kebaya, baju Melayu, sudah tak susah lagi (klik sini).

Dan ketiganya baju kurung adalah pakaian kebangsaan kita, ia amat sesuai dipakai  sama ada ke pejabat, berjalan, menziarahi orang lain, atau apa saja majlis termasuk majlis rasmi.

Lebih penting daripada sasaran untuk menyiapkan sepasang baju kurung, adalah melalui bengkel ini para peserta dilatih berani; berani mengukur, berani menggunting dan berani menjahit. (Klik sini)

Apabila selalu menjahit, kita sudah tidak ‘takut’ lagi untuk menggunting atau menjahit. Apabila sudah biasa, kita akan menjadi mahir dan kreatif. Jadi kalau setakat jahit langsir lurus, sarung bantal, alas meja, cadar yang simple untuk katil anak-anak, insya-allah sudah tidak jadi masalah lagi…

Berikut suasana bengkel baju kurung kali ke-32 …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Kaedah Pembelajaran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply