Bengkel Baju Kurung ke-31: Mengapa bidang 45″?

Seperti yang saya nyatakan dalam laman ini, setiap peserta yang mengikuti bengkel baju kurung, diminta membawa kain cotton berukuran 4 – 4.25 meter, bergantung kepada saiz badan seseorang, dengan bidang 45″.

Ada yang bertanya, apa beza antara bidang 45″ dan bidang 60″?

Ada bezanya.  Bidang atau orang-orang dulu sebut lerang, adalah lebar bagi kain. Apabila kita beli kain bidang 45″ maka panjang kain yang harus dibeli adalah 4 meter. Ukuran ini adalah ukuran untuk wanita yang berketinggian kira-kira 5 kaki dan sederhana tubuh badannya.

Mengapa saya syorkan peserta bawa kain berukuran 4 – 4.25 meter, dengan bidang 45″ dan bukannya 60″?

Sebab bagi peserta yang baru belajar menjahit, ukuran ini (bidang 45″) lebih memudahkan mereka untuk ingat cara-cara memotong kain. Ada bahagian badan, lengan, pesak dan kain yang boleh dipotong menggunakan gunting secara tersusun.

Sedangkan jika kain bidang 60″, (ukuran yang memadai  adalah 3.5 meter) peserta perlu lebih kreatif kerana terpaksa menyusun kedudukan badan, lengan, pesak dan kain. Bahkan juga, peserta perlu mencantum bahagian kain. Ini hanya untuk mereka yang dah mahir menjahit. Manakala bagi mereka yang baru belajar, belilah kain sebanyak 4 meter juga walaupun bidangnya 60″.

Berikut, suasana bengkel baju kurung kali ke-31.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung. Bookmark the permalink.

Leave a Reply