Bengkel Baju Kurung ke-30: Adik beradik saya dah hantar 4 tempahan.

Hujung minggu saya biasanya sibuk. Ia bermula pada hari Jumaat lagi kerana menyediakan persiapan untuk bengkel pada keesokan harinya.

Namun, dalam sibuk-sibuk itu, saya seronok melayan panggilan telefon atau sms daripada para peserta yang pernah mengikuti bengkel, bertanyakan itu dan ini.

Biasalah, pelajaran (jahitan) ini suatu yang amat baru dalam hidup mereka, sudah tentu ada antara para peserta yang sedikit keliru atau setidak-tidaknya teragak-agak untuk mengambil ukuran atau menggunting. Baiknya kerana mereka segera menghubungi saya. Ini maknanya mereka sedaya upaya telah mencubanya. (klik sini).

Alhamdulillah, minggu ini selepas memberi tunjuk ajar tambahan melalui telefon kepada salah seorang peserta yang telah mengikuti bengkel minggu lalu, akhirnya saya menerima sms yang sangat menarik seperti berikut, “Kak Tik, alhamdulillah, saya dah berjaya siapkan sepasang baju kurung… ada lagi 3 baju nak dijahit, dah siap dipotong. Dan dah ada tempahan daripada adik beradik, 4 pasang kain yang belum dipotong…!”

Alhamdulillah! Mudah-mudah besar manfaatnya ilmu jahitan saya kepada mereka sekeluarga.

Berikut suasana bengkel baju kurung ke-30 hujung minggu lalu.

_______________________________________
MAKLUMAN:

* Bengkel jahitan ini akan bercuti sepanjang bulan Ramadan dan Syawal (21 Julai – 16 Sept 2012) sebagai persediaan kita  menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya.
* Kepada mereka yang ingin mengikuti bengkel jahitan ini, bolehlah berbuat demikian dengan memilih tarikh-tarikh bengkel kami sebelum Ramadan ini atau selepas Syawal nanti, insya-Allah.
Harap Maklum.
_____________________________________________
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Peserta Luar KL. Bookmark the permalink.

Leave a Reply