Jom Sertai Bengkel Sehari Menjahit Baju Raihan.

Baju Raihan amat popular setelah kumpulan nasyid terkemuka tanah air itu memakainya pada setiap kali mereka membuat persembahan.

Baju ini amat sesuai dipakai di mana saja atau apa-apa majlis sekalipun. Sama ada dipakai pada hari raya, ke pejabat, menghadiri majlis perkahwinan, bahkan ke masjid juga.

Ada yang suka berlengan panjang dan ada yang berlengan pendek. Bahkan ada juga baju batik berpotongan baju Raihan.

Saya menerima banyak pertanyaan, terutama daripada para peserta bengkel, supaya mengadakan bengkel baju Raihan.

Bengkel: Baju Raihan
Jangkaan Tarikh: 23 Jun 2012 / Sabtu (1 hari saja)
 Yuran: RM250 sahaja.
Jumlah Peserta: Maksima 7 orang

Syarat Utama: Tahu menjahit, sekurang-kurangnya jahit lurus. Sebaik-baiknya tahu menjahit baju.

 

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya harap dapat menghubungi saya segera. sama ada dengan menelefon, sms atau emel kepada saya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Iklan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply