Bengkel Jubah ke-4: Petua kemas menjahit.

Corak dan warna pilihan jubah-jubah peserta bengkel jubah kali ke-4, di atas begitu menarik.

Alhamdulillah, mereka telah dapat menyiapkan sepasang jubah dengan baik walaupun ada antara mereka baru pertama kali belajar menjahit.

Apa yang saya amat harapkan selepas ini adalah janganlah jemu berlatih dan terus berlatih. Walaupun kali ini jahitannya nampak kurang lurus atau kemas, insya-Allah selepas mencuba kali ketiga (jubah yang ke-3 dan seterusnya), jahitan anda pasti akan bertambah baik dan kemas.

Petua mudahnya, teruslah menjahit hingga anda berpuashati dengan hasilnya. Dalam pada itu, jika anda ada sebarang masalah tentangnya, jangan segan untuk menghubungi saya dengan segera.

Berikut suasana bengkel jubah ke-4, sehari selepas bengkel jubah ke-3 semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply