Bengkel Jubah Wanita ke-66: Tahu menjahit satu kemahiran yang begitu berharga.

Alhamdulillah, sudah ramai yang mengikuti bengkel jahitan ini yang telah berjaya menjahit sendiri pakaian mereka dan anak-anak terutama pakaian raya atau baju kurung sekolah anak-anak.

Tidak kurang juga, apabila telah mahir menjahit baju kurung, mereka datang semula untuk belajar menjahit baju kurung moden, jubah wanita, jubah lelaki ataupun baju Melayu. (klik sini) Mereka belajar sebagai memenuhi keperluan semasa keluarga.

Pendek kata semakin banyak yang mereka belajar, semakin mudah mereka menyediakan pakaian untuk keluarga. Tambah2 lagi, dalam keadaan kos  hidup yang serba mahal. Maka, pastinya tahu menjahit adalah satu kemahiran yang begitu berharga! (klik sini)

Berikut suasana bengkel jahitan kali ini.

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

Posted in Bengkel Baju Melayu, Bengkel Jubah Wanita | Leave a comment

Bengkel Baju Kurung ke-181: Petua nak bagi boleh menjahit.

Seringnya mereka yang tidak pernah belajar menjahit merasa menjahit itu susah, leceh, renyah dan macam-macam lagi. Tapi itu sebenarnya hanyalah tanggapan awal. Sebab apabila sudah tahu menjahit, semuanya akan jadi mudah.

Tidak kira siapa dan apa kerjaya kita, sebelum hadir ke kelas2 jahitan, kena ada dua perkara:

1. Cita-cita untuk belajar.
Apabila tiba-tiba terasa atau terfikir untuk menambah ilmu di bidang jahitan, segeralah cari kelas2 jahitan yang bersesuaian dan berhampiran dengan anda. Hari ini maklumat mengenainya mudah diperolehi di internet atau bertanya mereka yang tahu.
Sebaik2nya  segeralah menghubungi pengusahanya dan hadir ke kelas mereka. Jika tidak, atau istilahnya ‘bertangguh-tangguh’, ia selalunya akan ‘sejuk’ dan akhirnya tidak jadi. (klik sini)

2.  Perlu paksaan.
Jika anda sudah ada minat, tapi sering tergendala kerana kesibukan tugasan harian atau kekangan melayani keluarga, maka anda sebenarnya perlukan sedikit paksaan; cari masa yang agak sesuai, ‘pejam mata’ dan hadirlah ke kelas. Insya-Allah, semuanya akan dipermudahkan oleh Allah. (klik sini dan sini)

Berikut suasana bengkel baju kurung, yang turut dihadiri seorang peserta baju Melayu.

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

Posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Baju Melayu | Leave a comment

Bengkel Baju Kurung ke-180: Ilmu jahitan penting untuk masadepan remaja

Bersama kali ini,  turut serta seorang peserta remaja, Ulfa  baru lepasan SPM. Menurut ibunya, beliau amat meminati bidang jahitan. Walaupun, nanti dia mungkin akan menceburi bidang lain, namun ilmu jahitan yang dia ada bakal menjadi satu kelebihan istimewa buat dirinya. (klik sini dan sini)

Selain beliau, sudah lebih 20 kali bengkel ini disertai peserta remaja, antaranya pelajar lepasan SPM atau baru menjejaki kaki ke menara gading.  Keistimewaan remaja belajar menjahit pernah saya tulis dulu (klik sini). Setidak-tidaknya ia baik sebagai persediaan menjalani kos kehidupan yang mungkin serba mahal pada sepuluh atau dua puluh tahun akan datang…

Ini bertepatan dengan pesanan Ummul Mukminin, Sayidatina Aisyah r.a.: “Janganlah hanya mengajar anak-anak gadis kamu hal memegang alatan dapur (ilmu masakan) dan mengajar menulis semata-mata, tetapi ajarkanlah juga anak-anak gadis kamu Surah an-Nur dan menenun benang (ilmu jahitan).” (klik sini)

Berikut suasana benkel baju kurung kali ini, yang turut diserta dua peserta kurung  moden.

 

Posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Kurung Moden, Peserta Remaja | Leave a comment

Bengkel Baju Kurung ke-179: Cara2 jahit baju berkualiti dengan harga murah.

“Dah tahu menjahit ni,  tak payahlah lagi beli baju siap.” Seorang peserta meluahkan rasa terujanya sebaik tamat kelas. Memang, itulah yang kami mahu. Dah tahu menjahit, dapatlah kita menjahit seberapa banyak baju yang kita suka untuk diri kita dan anak2 kita.

Suatu masa dulu, saya pernah tulis bagaimana cara untuk menjahit baju dari kain yang mahal tapi murah sahaja kosnya.

Kalau kita perasan, di kedai2 kain besar, biasanya mereka sediakan satu kotak atau meja yang menjual kain2 lebihan yang sudah siap dipotong. Ukurannya tak tentu, ada 1 meter, atau lebih. Ada yang hanya cukup untuk baju dan ada juga yang hanya cukup untuk kain. Kain2 ini biasanya dijual separuh harga daripada harga asal.

Saya suka beli ‘kain kotak’ begini. Cuma kena rajin selongkar sikitlah. Tak perlu malu apa orang kata. Yang penting kita dapat beli kain mahal dengan separuh harga. Cuma nak kena pandai ‘match’ warna dan ukurannya. Dah tahu menjahit, semua boleh kita lakukan. (Bacaan lanjut, klik: sini).

Berikut suasana bengkel kali ini.

Bersama Ateeqa. Happy dapat jumpa anak kawan yang sama2 belajar di U dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Jubah Wanita, Peserta Remaja | Leave a comment